PROFIL

LATAR BELAKANG IBU PEJABAT POLIS BANTUAN UITM

Polis Bantuan UiTM pada awal penubuhannya, dikenali sebagai Bahagian Keselamatan dan pernah diletakkan dibawah seliaan Pejabat Pengarah, Pejabat Pendaftar dan Pejabat Canseleri. Mulai 01 Februari 2008, Jawatankuasa Eksekutif telah bersetuju supaya Bahagian Keselamatan UiTM diselia oleh Pejabat Pendaftar UiTM.

Kemudian pada Julai 2011,Bahagian Keselamatan UiTM mendapat  pengiktirafan menjadi Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM dan pada 01 Ogos 2011, Pentadbiran Polis Bantuan diletakkan pula di bawah Pejabat Naib Canselor. Manakala pada 18 April 2011 telah mendapat kelulusan dari pihak PDRM untuk menubuhkan pasukan Polis Bantuan UiTM.  Bagi kampus-kampus negeri, pentadbiran mereka diletakkan di bawah Rektor Kampus dan dikenali dengan nama Pejabat Polis Bantuan. Fungsi dan peranan Polis Bantuan masih sama tetapi skop tugas dan bidang kuasa telah diperluaskan dengan mempunyai kuasa-kuasa Polis

FALSAFAH

BAHAGIAN KESELAMATAN MENDUKUNG FALSAFAH UiTM, IAITU:

Kepercayaan bahawa individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.

VISI

BAHAGIAN KESELAMATAN BERWAWASAN MEREALISASI VISI UiTM UNTUK:

Menjadikan UiTM sebuah universiti yang unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamesime bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

MISI

BAHAGIAN KESELAMATAN BERILTIZAM MENYEMPURNAKAN MISI UiTM UNTUK:

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan keprofesionalan.

OBJEKTIF BAHAGIAN KESELAMATAN

  • Memastikan anggota keselamatan yang bersiap siaga dan kompeten.
  • Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan.
  • Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif.
  • Menyediakan urusan perkhidmatan keselamatan berteraskan penggunaan teknologi.

MOTTO POLIS BANTUAN UITM

“TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH”

OBJEKTIF DAN PIAGAM PELANGGAN

objektif.jpg
OBJEKTIF
piagam.jpg
PIAGAM PELANGGAN
PERUBAHAN LOGO 

CONTACT US

Ibu Pejabat Polis Bantuan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan                    
Malaysia

pbshahalam@uitm.edu.my

Tel: +603-5544 2157 / 3999