
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI IBU PEJABAT POLIS BANTUAN UiTM SHAH ALAM
Kami dari barisan pasukan Polis Bantuan UiTM yang berpusat di Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM Shah Alam dan mempunyai beberapa rangkaian cawangan seluruh Negara sebanyak 34-Kampus Cawangan merupakan tanggungjawab dan amanah diberikan untuk menjaga Kelestarian dan Keamanan kepada semua warga UiTM dan juga Pelawat UiTM. Keselamatan kampus adalah tanggungjawab bersama.

Penerangan penggunaan
SISTEM POLIS BANTUAN UiTM (UAPS)
Sistem Polis Bantuan UiTM (UAPS) adalah portal rasmi yang dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM Shah Alam. Tujuan utama adalah untuk mendigitalkan perkhidmatan keselamatan dan pentadbiran kenderaan bagi memudahkan warga kampus (staf dan pelajar) serta pelawat berkaitan perkhidmatan Polis Bantuan UiTM.
Sistem UAPS terdiri daripada berikut:
• ePelekat Kenderaan – Permohonan bagi pelekat kenderan kepada warga UiTM (staf dan Pelajar), sistem ini juga dihubungkan terus dengan UiTM Pay bagi tujuan pembayaran. Semakan status kelulusan dan status bayaran boleh dibuat secara terus sebelum hadir ke Pejabat Polis Bantuan UiTM untuk urusan pengambilan pelekat kenderaan.
• eSPAK UiTM – Sistem Permohonan Aktiviti Kampus untuk memudahkan warga UiTM memaklumkan aktiviti kampus yang dijalankan serta untuk mendapatkan perkhidmatan bantuan keselamatan (Kawalan Aman/ Lalulintas) serta penunjuk arah (Papan Tanda) aktiviti kampus.
• ePelawat PB – Sistem untuk merekod, mengawal dan menguruskan data maklumat kemasukan pelawat/ pekerja kontrak yang berurusan dalam Kawasan kampus UiTM.




